Tuesday, June 19, 2007

Pelakon malaysia hadhari

sumber dari: http://www.tranungkite.net/modules.php?name=News&new_topic=9>

Tengoklah sendiri, apa dah jadi pada Amani. Di manakah kehidupannya yang
sebenar? Di manakah nilai-nilai murni di dalam jiwanya, Di manakah nilai
kewanitaannya? Apakah puncanya? Di manakah Etika Artis? Siapakah yang patut
dipersalahkan? Tak serik lagikah dengan kes Lina Joy yang semakin memberi
kesan parah?




Hari ini manusia berbangga dengan dosa maksiat yang dilakukan tanpa
menghiraukan sebarang amaran dan larangan Allah SWT. Lihatlah di kaca
televisyen, internet, akhbar dan sebagainya, masing-masing memaparkan
kebobrokan masyarakat hari ini. Sudahlah mereka melakukan maksiat, ditambah
pula dengan kebanggaan dengan kelakuannya tersebut.
Orang-orang ini berbangga dengan dosanya, contohnya seorang yang berzina
yang mengheboh-hebohkan kepada manusia lain bahawa dia sudah dengan berzina
dengan lelaki sekian-sekian. Bukankah ia seperti memanaskan air sehingga
mendidih di dalam periuk besar, kemudian sengaja selamkan muka di dalamnya.


Tak malukah dengan perbuatannya?
Dunia hari ini,

Kalau dahulu, apabila dituduh sebagai pelacur, beriya-ia si pelacur
menafikan perbuatan tersebut, tetapi hari ini, dengan selambanya dia berkata
"memang aku pelacur". Bertambah dahsyat, apabila terdapat pula orang yang
ketiga mengatakan "biarkanlah dia melacurkan dirinya, kenapa perlu sibuk hal
orang lain?".


Hari ini, orang yang ingin menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran,
ditentang habis-habisan oleh mereka yang seagama tetapi tidak sehati. Imbas
kembali Kes Zouk, mereka yang membuat maksiat dibela dengan memaparkan
slogan "Hak Asasi Kemanusiaan". Tidak bodohkah mereka yang mengaitkan
maksiat mereka dengan Hak Asasi Manusia?

Kalau hendak dibesar-besarkan Hak Asasi Manusia, mengapa pengedar dadah
ditangkap, pencuri diberkas dan penjenayah dihukum? Bukankah itu hak
individu? Inilah pemikiran "bodoh" yang tidak pernah berfikir secara betul.
Bayangkanlah, bukankah arak dan lacur juga membawa keburukan seperti
mencuri, merompak dan membunuh? Tetapi, mengapa golongan ini sahaja yang
ditahan sedangkan arak dan lacur tersebar dengan meluas dan mereka yang cuba
menghalang akan didakwa.
Dunia hari ini,



Hari ini kita menyaksikan dunia artis semakin diseleweng dan terpengaruh
dengan budaya-budaya barat, walaupun adakalanya ia hanya direka-reka sendiri
oleh anak-anak Melayu. Contohnya pengamalan seluar londeh sehingga
menampakkan alur punggung, yang menjadi kebanyakan pengamalan muda mudi.
Louisiana , selatan Amerika Syarikat telah menetapkan undang-undang bahawa
mereka yang berkelakuan demikian dianggap sebagai salah satu jenayah dan
akan dikenakan hukuman.

Malangnya hari ini, inilah yang dikatakan oleh muda mudi Melayu sebagai
trend zaman maju. Tak pelikkah? Apa yang dikatakan dengan kemajuan kalau
seluar pun dipakai londeh? Inilah peniruan yang tidak sepatutnya menjadi
pengamalan dan adakalanya dijadikan budaya yang mesti diikuti, walaupun ia


sendiri menggambarkan le"bodoh"an pengamalnya.
Dunia hari ini,

Amani yang telah dirobotkan dan diperkudakan oleh Yasmin Ahmad sehingga dia
sanggup membotakkan kepalanya dan menjual maruahnya. Hilang kelembutan
wanita di dalam dirinya. Hilang kesopanan gadis Melayu di dalam jiwanya.
Hilang adab-adab murni di dalam hatinya. Cukup dia seorang yang dijadikan
"duta" untuk memburuk-burukkan Islam dan menjatuhkan imej wanita di mata
dunia.

Untuk mereka yang mempunyai akal,
"Fikirlah dengan sentuhan naluri hati, anda akan mendapat kebenaran yang
hakiki, jauhilah keinginan nafsu yang membuta, anda akan sesat di dalam
kegelapannya"











No comments: